DIY Dekorasi #1 - Air Pancut Red Bull
Ini adalah rekaan dekorasi pertama saya, iaitu air pancut untuk hiasan dalam rumah. Ia merupakan sebuah air pancut yang ringkas, mudah dan kecil. Walau seringkas ini pun sudah kelihatan cantik dan indah, apatah lagi jika air pancut ini lebih besar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Pam air 220-240 V, 50-60 Hz, 5 W
- Batu-batuan
- Hiasan pokok/bunga
- Air
- Set batang paip
- Tin kosong Red Bull
Fungsi bagi setiap bahan yang diperlukan
Pam air - menyerap air dan memancutkannya ke permukaan
Batu-batuan - sebagai hiasan untuk membuatkan air pancut kelihatan seperti kawasan air terjun
Hiasan pokok/bunga - sebagai hiasan untuk membuatkan air pancut kelihatan seperti air pancut yang semula jadi.
Air - elemen paling penting. Tiada air, tiada air pancut.
Set batang paip - bertindak untuk mengalihkan pancutan air ke bahagian lebih tinggi supaya pancutan kelihatan lebih cantik
Tin kosong Red Bull - sebagai hiasan untuk mempromosikan produk minuman berkenaan. Juga berperanan sebagai "pasu" untuk pokok hiasan.
Bagaimana untuk mereka air pancut ini bergantung kepada kreativiti tersendiri. Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment